Membangun Bersama Islam

Selasa, 3 Februari 2009

Don't TRUST your eyes......!!!

Salam,

Gambar-gambar ini adalah satu contah di mana imej yang diterima oleh otak kita melalui mata adalah tidak benar pada hakikatnya. Apa-apa yang kita lihat disekeliling kita saban hari tidaklah memiliki wujud sebagaimana yang kita sangkakan sebelum ini. Kita semata-mata bergantung dengan pancaindera kita. Semua yang kita lihat, hidu, rasa, adalah persepsi yang diterima oleh otak kita dalam bentuk signal elektrik.

Permulaan bagi pendekatan ini ialah bahawa kepercayaan kepada satu “dunia luar” yang terbentuk di dalam otak kita hanyalah respons yang terbentuk di dalam otak kita oleh isyarat elektrik. Kemerahan epal, kekerasan kayu, begitu juga ibu kamu, ayah, keluarga, dan segala apa yang kamu miliki, rumah kamu, kerja dan barisan-barisan tulisan ini hanyalah isyarat elektrik semata-mata.

Frederick Vester menjelaskan peringkat yang telah dicapai oleh sains di dalam subjek ini: Kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian saintis yang menyatakan bahawa “manusia adalah sebuah imej, segala yang telah dilalui adalah bersifat sementara dan menipu, dan alam semesta ini hanyalah bayangan, nampaknya telah dibuktikan oleh sains kini.[1]

Seorang ahli falsafah terkenal George Berkeley memberikan komentar terhadap subjek ini seperti berikut: Kita mempercayai kewujudan objek hanya kerana kita melihat dan menyentuhnya, dan ia bertindak balas kepada kita dengan persepsi kita. Bagaimanapun, persepsi kita hanyalah idea di dalam minda kita. Oleh itu, objek yang dilihat dengan penglihatan kita tidak lebih daripada idea-idea, dan idea-idea ini hanya berada di dalam otak kita ….Memandangkan semua yang wujud ini hanya berada di dalam minda, bermakna kita telah tertipu apabila kita membayangkan alam semesta ini dan benda-benda ini wujud di luar minda kita. Oleh itu, tidak satu pun yang berada di sekeliling kita wujud di luar minda kita.[2]

Persoalan penting yang dihadapi oleh ahli sains hari ini adalah apakah dunia yang kita diami ini benar-benar wujud sebagaimaan yang kita sangkakan? Penemuan fizik moden menunjukkan alam semesta merupakan sejumlah koleksi persepsi. Persoalan dibawah muncul pada muka depan majalah sains Amerika yang terkenal. Ahli sains baru yang menghuraikan fakta ini dalam isu 30 Januari 1999: "Beyond Reality: Is the Universe Really a Frolic of Primal Information and Matter Just a Mirage?"[3].

Jawapan bagi persoalan di atas disebutkan oleh Allah swt dalam al-Quran dalam banyak surah, sebagaimana Allah swt memberi perumpamaan tentang kehidupan manusia di dunia dengan menyebut kehidupan ini adalah suatu penipuan semata; “... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. [al-Qur'an, Surah al-Hadid, 57: 20]



wallaualam.

1 ulasan:

  1. bagus....bagus...tapi kalau tengok lama2 boleh penin pala aku...ekekeke

    BalasPadam

 

Cabelas Sporting Goods
Free Counter