Membangun Bersama Islam

Isnin, 4 Mei 2009

Contoh Hudud Pada Zaman Rasululllah s.a.w


Suatu ketika di zaman Nabi SAW, ada seorang lelaki bernama Mais Al Aslami. Beliau telah datang berjumpa Nabi SAW dan mengaku telah melakukan zina. Mendengarkan pengakuan beliau, Nabi SAW berkata kepadanya; "Mungkin kamu silap. Pulanglah dahulu dan fikir kembali akan pengakuan kamu."

Esoknya Mais datang semula dan membuat pengakuan yang sama. Nabi SAW berkata kepadanya; "Mungkin kamu sentuh-sentuh kulit sahaja dan tak buat yang lain. Pulanglah dahulu dan fikir kembali akan pengakuan kamu."

Esoknya Mais datang lagi dan masih tetap dengan pengakuannya. Nabi SAW berkata kepadanya; "Mungkin kamu tidur dalam satu selimut sahaja dan tak buat yang lain. Pulanglah dahulu dan fikir kembali akan pengakuan kamu."

Esoknya Mais tetap datang dan mengaku telah malakukan zina. Nabi SAW telah mengutus seorang sahabat untuk memanggil Abu Bakar ra. Bila Abu Bakar ra datang, Nabi SAW meminta Mais menghenbuskan nafas dari mulutnya supaya dapat dihidu oleh Abu Bakar ra. Setelah Mais berbuat begitu, Nabi SAW telah bertanya kepada Abu Bakar ra; "Adakah Mais mabuk arak?" Abu Bakar ra kata; "Tidak kerana tiada bau arak yang keluar dari mulut Mais."

Nabi SAW telah menyuruh Mais memanggil ketua kampungnya untuk mengadap Nabi SAW. Bila ketua kampung di bawa kepada Nabi SAW, baginda bertanya; "Adakah kamu kenal lelaki ini?" Ketua kampung menjawab; "Ya aku kenal dia semenjak kecil. Aku tahu keluarga dan tempat tinggalnya. Memang dia orang kampungku ya Rasulullah." Nabi bertanya lagi; "Semenjak kamu mengenalinya, pernahkah dia sakit gila atau hilang ingatan?" Ketua kampung manjawab; "Tidak pernah ya Rasulullah."

Lalu Nabi SAW memanggil Abu Bakar ra dan Umar ra untuk menjalankan hukuman terhadap pebuatan zina yang dilakukan oleh Mais. Oleh keran Mais telah berkahwin, maka hukumannya ialah direjam dengan batu sehingga mati. Maka dengan kerelaannya sendiri untuk mendapat hukuman, Mais telah diikat dan ditanam 3/4 badan dan dilontar dengan batu oleh orang ramai yang lalu di situ.

Mungkin kerana tidak tahan dengan kesakitan, Mais telah berjaya meloloskan dirinya dan cabut lari. Umar ra dan Khalid al Walid ra telah mengejar dan berjaya menangkap Mais semula. Beliau diikat dan ditanam dan dilontar dengan batu sehingga syahid. (semoga mangampunkan dosa beliau dan mati sebagai seorang sahabat).

Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Nabi SAW, maka baginda telah memanggil Umar ra dan Khalid al Walid ra untuk memberi keterangan. Nabi SAW tanya; "Kenapa dikejar dan ditangkap semula? Mungkin dosanya telah diampun oleh Allah SWT. Biarkan dia lari."

~ atau seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW ~

***********************

Kisah ni ditulis secara nota melalui kuliah Maghrib di masjid. Kisah yang lebih tepat kita boleh cari dari kitab-kitab hadis. Pengajaran dari kisah ni, sebenarnya kita jangan mudah nak menuduh-nuduh orang. Dan bukan senang nak menjatuhkan hukuman. Lagi satu kita kena sentiasa bertaubat dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang kita dah buat.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Cabelas Sporting Goods
Free Counter