Membangun Bersama Islam

Jumaat, 26 Jun 2009

Calon PAS DUN Manek Urai, Abe Puji Kita...

Salam semua,

Semalam telah diumumkan oleh Tok Guru Nik Abd Aziz akan calon PAS di DUN Manek Urai, Kuala Krai nu yang menggantikan Allahyarham Ustaz Wil. Ni serba sedikit tentang latar belakangnya.....


Kiri-kira 50 tahun yang lalu, lahir seorang anak watan kepada pasangan Abdullah dan Limah bt Dollah yang diberi nama Fauzi bin Haji Abdullah. Beliau merupakan anak ke-6 daripada pasangan bahagia ini. Lahirnya di Bukit Marak, Kelantan, dan kemudian berhijrah ke Kuala Krai, lalu menetap di Pekan Guchil.

Di Pekan Guchil itulah, beliau dibesarkan bersama ibu dan bapanya yang kemudiannya memikul tanggungjawab dengan gigih mendidik 4 orang lagi adik-adiknya sehingga berjaya ke puncak pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Aminah bt Mahmud dan kini dikurniakan Allah ta'ala 5 orang anak. Berbekalkan kesedaran tinggi mendidik anak-anak, sulungnya kini telah berjaya ke universiti sementara adik-adiknya masih di bangku sekolah.


Kini, beliau bukan sahaja berjaya dalam keluarga malah berjaya sebagai tokoh masyarakat, maka sesuai dengan sifatnya yang mudah didampingi, mesra dan rapat dengan masyarakat serta menyelami kesusahan dan kesempitan rakyat.


Pengalaman beliau lama dalam parti sejak remaja lagi. Maka beliau diberi kepercayaan sebagai ketua cawangan Bandar Krai. Mendapat kepercayaan kerajaan negeri dilantik sebagai Penyelia Dun Guchil dan Ahli Majlis Daerah Kuala Krai. Menyebabkan beliau lebih terkenal di kalangan rakyat. Sesuai pula latar belakangnya sebagai pengusaha dan peniaga yang berjaya di Bandar Kuala Krai.

Disokong lagi sifatnya yang warak dan tawaddu' yang mempunyai kesetian tinggi kepada parti. Maka, beliau sentiasa mendapat kepercayaan menduduki jawatan Bendahari PAS Kuala Krai.

Ahad, 21 Jun 2009

Antara Cinta & Kawan...







Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??


Kerana
CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??


Kerana...
KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??


Kerana...
CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??


Kerana...
KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....


Walau kita punya couple,
teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak,
teman still paling berharga.


Hanya cinta kepada yang satu sahaja yang kekal

Allahu akbar





Amalan...

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-



1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakkan badan tak gemuk.


2. Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


5. Nabi saw juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


Wassalam...

Oink..Oink

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada..Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi.

Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.

" Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina.. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.

 

Cabelas Sporting Goods
Free Counter